Penubuhan SJK(T) Kuala Kubu Bharu
SJK(T) Kuala Kubu Bharu terletak di Jalan Dato’ Balai,
Kuala Kubu Bharu. Bangunan yang ada
sekarang telah didirikan dengan bantuan wang dari kerajaan dan orang ramai pada
tahun 1956.
Pada mulanya iaitu sebelum tahun
1956 sekolah ini bertempat di Jalan Pahang dengan nama ‘Tamil School Kuala
Kubu’. Pada masa itu ada dua orang guru
sahaja untuk mengajar murid-murid sejumlah lebih kurang 30 orang.
Pertambahan bilangan murid
menyebabkan Lembaga Pengurus sekolah pada masa itu, terpaksa mencari tapak
baharu untuk sebuah bangunan baru. Atas
dayausaha Lembaga Pengurus Sekolah, bangunan yang ada sekarang telah dibina di
Jalan Davidson yang kini dikenali dengan nama Jalan Dato’ Balai. Pengasas bangunan sekolah ini ialah Encik
S.Sundramoorthy. Beliau adalah Pengerusi
Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama.
Bangunan baharu yang ada sekarang dibuka secara rasmi oleh Menteri
Pelajaran Malaysia pada masa itu Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari.
Peningkatan bilangan murid adalah
satu kemajuan yang pesat dalam sejarah sekolah ini. Bilangan murid meningkat daripada 150 orang
kepada 180 orang pada tahun 60an ke 70an.
Permulaan pelaksanaan KBSR pada
tahun1983 adalah satu peristiwa yang penting dalam sejarah sekolah ini. Pada masa itu Guru Besar ialah
Encik
G.Subramaniam. Buat kali yang pertama
bilangan murid yang berdaftar untuk memasuki darjah satu ialah seramai 60 orang. Dengan hal yang demikian pihak sekolah
terpaksa memecahkan darjah satu kepada dua buah kelas.
Dibawah pentadbiran Encik
G.Subramaniam sebagai Guru Besar sekolah ini telah maju dengan pesat. Beberapa projek dapat dibuat dengan sempurna.
Bangunan Tambahan Projek Kilat
Peningkatan bilangan murid dengan
pesat telah menimbulkan masalah kekurangan bilik-bilik darjah. Sebahagian daripada murid-murid terpaksa
belajar di kaki lima sekolah ini. Masalah
itu dapat diatasi dengan satu projek kilat.
Sebuah bangunan baharu yang terdiri daripada tiga buah bilik darjah
telah didirikan pada tahun 1984. Projek
kilat ini dapat dijayakan dengan kerjasama dan bantuan serta sokongan daripada
pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor.
Pada tahun 1985 sekali lagi pihak
sekolah terpaksa menambahkan bilangan bilik darjah. Sebuah bangunan baharu yang mengandungi tiga
buah bilik darjah dan sebuah stor telah dibina melalui usaha pihak PIBG sekolah
ini. Kejayaan projek PIBG ini yang telah
menelah perbelanjaan sebanyak RM85 000.00 adalah hasil kerjasama dan sumbangan
daripada orang ramai, dermawan dan syarikat-syarikat.
Pada hujung tahun 1986, kantin
sekolah ini telah dibesarkan dengan bantuan peruntukan daripada Yang Berhormat
Datuk Lee Kim Sai (wakil rakyat Hulu Selangor).
Bangku dan meja kantin juga dapat ditambahkan.
Pusat sumber berhawa dingin lengkap
dengan meja dan kerusi dapat diwujudkan dengan kerjasama PIBG sekolah ini. Yang Berhormat Datuk M.Mahalingam iaitu Ahli
Exco Negeri Selangor telah memberi sumbangan
RM85 000.00
untuk pembelian buku-buku pusat sumber.
Pihak sekolah dengan kerjasama
Jurutera Kerja Daerah Hulu Selangor telah berusaha untuk membesarkan padang
sekolah ini. Sebuah gelanggang badminton
telah dibina untuk kegunaan murid-murid.
Pada tahun 1990, 4 buah bilik darjah
ditambahkan dalam ‘Perancangan Luar Bandar’.
Pada tahun 1993, Kementerian Pelajaran Malaysia menambahkan lagi 4 buah
bilik darjah.
Oleh kerana bilangan murid semakin
meningkat, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah bangunan 4
tingkat dilengkapi dengan semua kemudahan pada tahun 2003.
Dalam bidang kurikulum sekolah ini
telah mencapai beberapa kejayaan. Ramai
bekas murid sekolah ini telah berjaya dalam kehidupan dengan memegang
jawatan-jawatan yang tinggi. Diantaranya
adalah:
1. En.N.Mohanathanabalan (Ship Capten)
2.
Pn.S.Sakuntala
(Doktor) sedang bertugas di hospital Perlis.
3. Cik.R.Leela
(Doctor) sedang bertugas di hospital Taiping Perak.
Beberapa orang bintang sukan
terkemuka juga dilahirkan oleh sekolah ini.
Antaranya ialah En. Rajkumar a/l Batumalai dan Pn
K. Paravathy yang telah mencapai kejayaan sehingga ke tahap antarabangsa.
Guru besar-guru besar yang pernah
bertugas di sekolah ini adalah seperti berikut:
1. Puan Kathiravelu
(1956-1958)
(1956-1958)
2. En.
V. Ponnalagu
(1959-31.8.1972)
(1959-31.8.1972)
3. En.
R. Muthukaruppan (1.9.1972-31.12.1977)
4. En.
A. Subramaniam PPN
(1.1.1978-7.1.1983)
(1.1.1978-7.1.1983)
5. En.
G. Subramaniam PJK (8.1.1983-27.11.1994)
6. Pn.
K. Komalam (1.1.1995-31.03.1998)
7. En.
Veerapandian (1.4.1998-31.12.2000)
8. En.
T. Muthusamy (1.1.2001-31.8.2005)
9. En.
R. Paramasivam (1.9.2005-30.11.2010)
10.En. A. Balakrishnan (1.12.2010-30.7.2011)
11. En. R. Vallikkannan
(1.9.2011-sekarang)
Berikut adalah
senarai guru yang pernah menjadi guru kanan di sekolah ini:
1. En. V. Ponnalagu
2.
En.
R. Muthukaruppan
3.
En.
G. Subramaniam
4.
En.
G. Radhakrishnan
5.
Pn.
K. Komalam
6.
En.
M. Ayyasamy
7.
En.
A. Balakrishnan
8.
En.
R. Vallikkannan
9. Pn. B. Seeladewi
Pengerusi
Lembaga Pengurus SJK(T) Kuala Kubu Bharu adalah seperti berikut:
1. En. S. Sundramoorthy
2.
En.
N. Thillaimbalam
3.
En.
M. Kandiah
4.
En.
K. Nadarajah
5.
En.
K.P. Nagalingam
6. En. R. Sathiamoorthy
Berikut
merupakan senarai Yang Dipertua PIBG:
1. En. N. Vadiveloo
(2001-2008)
(2001-2008)
2. En.
M. Kumaresan
March 2009-2010)
March 2009-2010)
3. En.
Murally
(2010-2011)
(2010-2011)
4. En.
S. Kalaichelvan
(2011-2012)
(2011-2012)
5. En. S. Kumaresan
(2012-sekarang)
(2012-sekarang)
Kesimpulannya, boleh dikatakan sekolah ini sentiasa
mengalami perubahan dan kemajuan sejak
penubuhannya. Perubahan dan kemajuan
jelas dapat dilihat pada tahun 80an.
Beberapa projek pembanguan juga dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam
tempoh itu. Selain itu, jelas
menggambarkan tahap perkembangan pelajaran dan pentadbirannya.
No comments:
Post a Comment